CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, October 6, 2010

Gastritis

Isnin lepas, masa tengah bersiap2 nak g keja & antar mak aku naik bus kat Bukit Jalil, tiba2 rasa mual semacam..pedih gla lah ulu hati ni..rasa cam nak cirit pon ada..senaaak semacaaam ja...Mula2 leh tahan lagi.. Tapi before kuar tu, mmg da tak boleh blah.."wueeeekk!! argh! muntah dua round.. feel better cket..then g antar anak2 g nsery. Pastu nak antar mak aku g naik bus pulak..
Sampai kat stesen bus, then carik parking, g tngu dlo kat tempat menunggu tu sebab bus lg sejam..kami smp awai lam koi 9.00 pagi..Mak aku dok suh balik, tapi cian lak, xkan nak biar my mom tunggu sorang.. Muka mmg pucat abes.. Lutut dah rasa lembik abes...mmg dah x leh nak jalan..Then 9.40 pagi, mak aku ajak g tngu kat platform..terbalik lak...aku yang follow mak aku..sampai kat platform 9 tu, mak aku suh aku balik ja la..g amek mc..memang trok sngt dah..loya n nak muntah..Salam2 suma ngn mak, aku chow balik umah..tido n memang x leh buat apa dah...makan suma memang x leh...

Petang lam koi 6, agak ok cket, aku g mandi suma n planning g amek anak.. Then singgah Klinik Maamor kat Bandar Tasik Selatan. Doc gtau aku ni kena gastrik ni..aku agak dah..makan pedas sngt minggu tu.. sampai hari ni still rasa lagi...

Fakta mengenai Gastrik.

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Asid perot

Tanda-tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jaga Pemakanan & Ubah Gaya Hidup:

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

No comments: