CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, October 25, 2010

Sweet Sour Ujung Minggu...

Masak ni ja untuk ujung minggu.. Bubuq caca tu makan ngn nasik lemak time breakfast..
Wat nasik lemak n bubur caca sebab nak kasik bekas balik kat jiran..
Malu beb, dah seminggu dah tak kasik2 balik g..hihihi..

~Bubur Caca~

~Sup daging~
-untuk anak2-

~Sweet Sour Siakap~

Salad lagi..

Nak update gambo mix salad yang buat minggu lepas sebenarnya.. Tapi kali ni salad tak campur ayam & telur. Campur buah-buahan pulak..



Tambah biskut creaker Hup Seng cket.. Fuh best! Cuma x letak yam n telor gantikan dengan buah.. aku letak avocado, sunkist n epal.

Selamt Mencuba~~

Friday, October 22, 2010

Menu Hari ni: MIX SALAD

Tak sempat snapo gambo tadi.. Tak cun ah..Salad dah layu cket.. G campur mayonis terus pagi tadi..yela aku buat pagi tadi before g opis..Ni resipi Mix Salad:

Gambar hiasan dari pak cik Google:
~Aku pakai salad2 ni la..atau lebih dikenali dengan 'Lettuce'~
Bahan2:

4 helai purple salad
4 helai salad biasa
4 helai daun kobis bulat hijau..
6 biji tomato ceri
** aku beli semua ni kat giant..Siap pack dah..Balik potong2 ja..
Isi ayam (potong leper2)
1 @ 2 biji Telur
4 sudu besar Olive Oil - (2 sudu utk menggoreng dan 2 sudu utk digaulkan dalam salad)
Thousand Island
Tobasco
Oregano Leaf
Black Pepper

Cara nak buatnya:

1. Potong semua daun2 salad dan tomato tadi.. Ikut suka hati la..nak besar or kecik. Campurkan semua ke dalam satu bekas.
2. Panaskan air dan rebuskan telur hingga masak. Kemudian, panaskan kuali dan masukkan olive oil. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak (boleh gaulkan ayam dengan sedikit garam).
3. Gaulkan semua bahan2 salad dan ayam bersama dengan mayonis, tobasco, olive oil, oregano leaf dan black pepper. Ikut sesedap rasa ok.. Kupas Telur yang dah masak n boleh la potong sesuka hati dan letakkan di atas salad tadi..

OK siap utk dimakan.. kenyang sangat..Alhamdulillah..



Thursday, October 21, 2010

My 1st day on diet...

Saya tengah lunch ni sebenarnya.. Hari ni mls lak nak g pantry..makan depan pc sajork.. Sebabnya, saya dah start diet today....yeeehaaaa!!!..


Before Breakfast
- B Young (Morning): 250ml
- Air kosong 1 gelas

Breakfast - 1 hour after B young
- Shake Herbalife (F1(choc)+F3: 250ml
- Roti gardenia: 2 keping
- 300 ml air kosong

Before Lunch
- B Young evening
- A glass of water

Lunch- 1 hour after taking b young
- Oat
- Sayur: Kobis+tomato+jagung
- Ayam paprika
- Begedil

TADAAA........(sila abaikan kecomotan di bawah)



Saya dah berazam nak diet betoi2 ni... Diet2 jugak..tapi jgn diet smp x makan... Nanti metabolisme kita turun..ssh nak cerna makanan..
Dalam masa yang sama, saya still cont BF.. Hopefully EBM mencukupi untuk BB Aulya...

Wednesday, October 20, 2010

FOR THE REST OF MY LIFE

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah



p/s:: Aku suka lagu Maher Zain ni : )

6 mos Aulya...

4 hari lepas, Aulya dah genap 6 bulan... Pantas sangat masa berlalu.. Moga Aulya membesar dengan sihat, bijak, jadik anak yang solehah dan dengaq cakap mama & baba & orang tua...Amiinn.

Sekarang dah pandai mcm2 dah..
- Pegang botol susu sendiri
- Gigit nenen mama..auwww!! selalu kena..
- Menerap (tapi tak leh angkat bontot lagi)
- Memerap nak suh dukong..Pantang nampak mama pakai tudung..
- Isap jari kaki...
- Suka tegok tv
- Suka senyum bila tengok kakak & abang dia dok sembang2
- Kalau tengah nenen, x leh dengar org cakap..jap2 ja toleh..pastu senyum2..cam paham ja kan..
- Boleh dah tdo tak bedong...Tapi kalau tak nak tido, kena bedong gak la...
- Suka menyembang2.. Baba takut Aulya follow kakak dia..Satg jadi cam mama dia..mulut x leh benti cakap..

Tak penah lagi rasanya update pic Aulya kan..Layanzz pic bb kecit Aulya dari lahir ni sampai 5 bulan..

Assalamualaikum..

Bermalam kat An-Nur bersama Mama & Baba

Day 5


Sebulan


Ni dah masuk 2 bulan

Saya dah 3 bulan

4 bulan sudah..


Masa raya...Nak msuk 5 bulan dah...

Raya @ KG pulak...

Tak bnyak pon snap pic raya time kat kg...Campur2..gambo kat umah MakTeh, Umah husband..sob3!! umah aku x lekat pon...Layanzzz...
Abaikan rupa Mr.Abu yang agak keserabutan..

Anak Dara aku ni asyik melaram ja...

Aulya kepenatan.. Baru lepas g Family day sebelah ayah aku..

Kat umah hsband..Raya ke -3 Kenduri adik ipaq ku..
Yang dukong Aulya tu my kazen, Nani.. Aku pastu Anak buah aku yang sulong, Mastura..

Berbuih2 mulut anak dara ni..


Dengan encem Boy & little Princess..Anak Dara tatau g mana..

Open House eNCoral...

Lapuk sikit la entry ni.. Nak update gambo masa open house company.. Tahun ni buat dekat Taman Botani, Putrajaya lagi.. Sama mcm tahun2 lepas.. Sampai agak awai, dlm jam 2.30.. 12.00 sampai 2.00 masa makan tuk customer2.. Then staf2, dijemput dalam 2.30 petang untuk mamam2.. Kitaorang g sebijik keta ja..berlima... Aku, Ika, Taqiah, Kak Noni, Kak Huz.. haha sampai2 ja ujan lebat gilos... seat lak full beb.. lenjun la kain.. Kaki dah berendam ayaq dah.. Pas ujan reda, baru leh amek makanan.. yang bestnya my fav Nasi Arab ada lagi...memang kekenyangan cam ulaq sawa gak la ritu..makan free beb.. Ouh, layan la pic yg sempat disnap before balik..Nampak gla ketembaman muka aku..

Wit Kak Huz yang dah selamat jadi full house wife sekarang
Bestnya>..

Taqiah, Ika, Kak Huz & Aku...

Cumel la pic ni...

Ni pun cute gak.. Nape suma gambo yg xde aku elok ja..
Kalau aku ada musti cam blur2 ja pic..hahaha

Macam nak tayang Satria Neo tu ja.. Opss sory...not mine.. Kebetulan ja

Nape Ika cam excited ni..Ala perot dah kenyang..hihii


Acece yang kat bawah ni...

Tuesday, October 19, 2010

Bagaimanalah keadaan saya jika tak ambil vitamin...

Saya ni seorang ibu yang berkerjaya dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang masih kecil..Si Kakak yang sulong baru mencecah usia 3 tahun 5 bulan. Boy saya yang tengah 1 tahun 7 bulan dan si adik yang kecit baru saja cukup 6 bulan 3 hari yang lepas..

Pernah saya terpikir sebelum saya melahirkan anak ke-3, mampukah/ bolehkan saya ni nak menjaga 3 orang anak yang masih kecil tanpa bantuan maid/ bibik? Bagaimana saya nak uruskan rumah, anak2, suami, kerja? Alhamdulillah walaupun tak cukup perfect, tapi saya boleh menguruskan semuanya sendiri dan Alhamdulillah suami juga turut sama membantu.. Semua ni dengan pertolongan dari Allah dan pengambilan vitamin Shaklee yang saya amalkan & ambil sejak 4 bulan yang lalu.



Mungkin ada yang cakap tak perlu lah nak ambil vitamin2 ni, janji ambil makanan yang seimbang, minum air yang cukup 6-8 gelas sehari & tidur yang mencukupi..

1. Pengambilan Makanan Seimbang.

Kalau sampai umah pon dah pukul 7-8 malam, dengan suami yang kadangkala kena shift malam, apa sangat la yang sempat saya masak.. Saya ni bukanlah jenis yang suka tapau makanan luar or drive thru fastfood.. Saya lebih suka masak, tak kisah lah even telur goreng or sadin, janji makanan tu dimasak sendiri. Tapi mampukan pengambilan makanan2 ni memenuhi piramid makanan mcm kat bawah ni:



Tepuk dada tanyalah hati anda..

2. Minum air yang banyak 6-8 gelas sehari..

Bagi saya yang menyusukan anak, 6-8 gelas hari cukupkah? atleast 3-4 liter air yang saya perlukan untuk menstabilkan pengeluaran susu.

3. Tidur yang mencukupi..

Kalau sesiapa yang tak pernah ada anak kecik, mesti tau betapa sukarnya nak dapatkan tidur yang cukup.. Bagi saya yang mempunyai anak yang jarak umurnya rapat ni, memang dah "Alah bisa Tegal Biasa".. Cukup semalaman kalau dapat tidur 2 jam tanpa sebarang gangguan.. Tapi... biasala anak kecik.. Kadang2 tak selesa/ tak sihat, merengek..Lapar, kena bagi nenen..Bila pampers penuh, kena bangun tukar.. "Bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian".. Sementara anak nak membesar kan..

Alhamdulillah, syukur sangat, dengan bantuan vit2 shaklee ni:

- Bangun tidur even tidur tak mencukupi rasa segar.
- Balik dari keje, boleh uruskan anak2, masak & kemaskan umah..
- memang agak tension kadang2, tapi sekarang saya dah boleh control dan terima apa seadanya..
- Boleh breastfeed baby saya dengan secukupnya...

Alhamdulillah....

Monday, October 18, 2010

Awet muda dengan ulam-ulaman

Sapa tak suka makan ulam-ulaman ni? Rugi la kalau tak suka makan ulam-ulaman ni.. Aku tau, bukan apa sebab tak suka, tapi setengah org tu, memang tekak depa dah tak boleh nak terima rasa daun2 tu. So, nak buat lagu mana..Paksa boleh kalau dah x leh nak telan, buat apa..hihi..
OK, aku nak perkenalkan jenis ulaman2 yang menjadi peberet aku sejak aku kecik lagi.. Aku ni boleh dikatakan sebagai peminat tegar ulaman2.. Memang suka sangat.. jgn dok ngembek..bek..bek..bek sudah..heh..

Daun Pudina..



Daun pudina ni ada rasa berangin sikit.. Ala, daun yang dalam ubat gigi tu.. Mak aku suka masak nasik lemak letak daun ni, wangi n sedaap ja bau dia.. Selain darpd tu, ada jugak yang letak dlm laksa.. Fuh!! gempak la...aku sukaaak~~ Lama tak makan laksa ni..terliuq daaah..Aku slalu makan pudina ni ngn sambal belacan..Terangkat... Nak2 pulan wak cabai mempelam..pergh!! memang best.

Daun Cekuq/ Cekur manis



Hah, daun ni aku ada tanam kat lam pasu kat umah aku... Makcik bidan yang ngurut aku masa bersalin Aulya bagi... Aku tanam.. Tumbuh elok.. Tapi sokmo ada makhluk yang dok menyinggah..Cik Sipuut Babi.. Berlubang abes daun2 dia.. Bla aku nampa ada pucuk2 baru kuaq, aku tarik cabut pucuk2 tu.. pucuk ni tahan kalau rendam dlm ayaq.. Rasa dia ada mcm crunchy2 sikit..tu yg aku suka..lemak2..boleh gak kalau nak wat kerabu...daun ni baguih bg yang breastfeeding..Orang kata boleh tambah susu..

Pucuk daun Kari..



Daun ni mesti semua orang kenai kan?? Ala, daun yang letak dlm kari/ gulai tu.. Kalau nak tau, sedaap woo daun ni buat ulam..Rasa yang lemak2..tak pahit ye kengkawan.. try la rasa...

Daun Selasih



Sapa suka makan masak ayaq keladi??.. ha, kalau nak terangkat letak daun selasih ni..fuh!! cayaq la..sedaaap.. selain dari daun kesum, pakai daun ni pon sangat menarik.. Aku besa la..semua daun jadik ulam..daun ni pon ulam peberet aku..Makan mentah ya...jgn celuq pulak.

Cuba la try kawan2.. Ulaman2 ni boleh buat kita jadik awet muda.. Selain darpd luaran, dalaman kita pon elok.. Tapi jangan rebus/ celuq..Kena makan mentah, baru tak hilang zat.. Ada lagi ulam yang aku tak sebut.. Tapi ulam yg kat atas tu memang kegilaan aku la..hehehe.. Selamat mencuba...

Thursday, October 14, 2010

Semalam Punya Citer

Smlm hubby cuti..sampai2 umah ja..hihi best2! sayangku dah masak...Siakap steam & bubur nasik (hahaha x tahan, makan bubur nasik n siakap steam) bantai ja la...i x kisah dah skrg... dah tolong masak pon Syukur Alhamdulillah....

Then, dok kemas2 baru la perasan...Susu Aisya & Aiman dah kehabisan..mmg yelek teruss... Tak ingat langsung nak singgah kedai beli.. So.. pe lagi, g giant la, kebetulan pampers Aiman & Aulya pon dah nak abes.. Ouh, Aisya sekarang dah pandai, x pakai pampers dah..waktu tido malam pon.. Alhamdulillah..Jimat la sket..

Sampai2 giant, round2 pusing2 usha2 jap.. Then ambik susu.. Hehe best2! murah..RM18.90 saja 1kg Dutch Lady 123.. So ambil 3.. Jalan2 lagi, nampak la pampers Fitty... Wah sangat murah! RM26.90 M size=80kpg ngan L size=68 kpg.. memang berbaloi..Sib baik datang Giant..

Pastu dah settle suma...Jalan jap...Usha2 botol susu..Ha, kat giant sekarang pon dah jual botol susu BPA free ye kengkawan.. Murah2 brand Pigeon & Pureen. RM10 below.. Ok la tu kan..

Pastu g bayar balik umah.. Sampai umah, pam susu Aulya jap... Then tiba2 alamak rasa lak nak makan someting like puding.. hihihi.. Roti Gardenia ada g ni..susu ada..so hahaha men campak2 jadi lak puding roti bakar.. Nanti Mommy Rose update my own resepi Puding Roti Bakar.. 1st time buat...Sedap..Alhamdulillah menjadik.. Crunchy kerak atas dia..My Hubby sukak.. Ouh time tengah dok soksek cari bahan kat dapur...hihi dah geleng dah pakcik tu... Ni nak masak apa lak la mlm2 ni...hihi "Puding Rotiiiiii"... sebel ja muka dia...Tau napa??? kekeke Takot gemok... Kononnya bini dia asyik masak..hahaha dari x masak..x ksah la gemok ka boroi ka, janji hepi n sihat..kan3??

Ok puding dah masak... terlelap jap time tngu 30 minutes puding tu nak masak... Bangun2 g wat susu anak2 n naik atas tdoo...Gud nite...

Ouh smlm Aisya pulak demam panas... Cian anak2 mama...gilir2..abes rambut curly jadi kusut dek kena jeram ngn air asam jawa..Hopefully anak2 mama chat2 selalu lepas ni..Ujian daripada Allah untuk hambanya..

"YaAllah Kau lindungilah anak-anakku,
Hindarilah mereka daripada penyakit2 yang memudaratkan YaAllah..
Kurniakanlah kesihatan kepada kami sekeluarga"

Amin yarabbal 'alamin....

Wednesday, October 13, 2010

Alhamdullillah...


Ada sesuatu yang sedang aku nantikan......waaa x sabarnya..
hihihi....

Terlepas Pulak

Huhuhu..Baru balik dari ambil 3rd injection Depo Provera tadi..
Should be smlm dah pasang implanon...Tunggu punya tunggu staff nurse LPPKN tu col, tak col2. Assume x dapat pasang la. Skali tgahari tadi colling2 nak tnya boleh ke ambik injection petang ni, Sebab kalau tak pasang implanon smlm, hari ni kena ambik 3rd injection. Nurse kata bole..

Pstu dengar la depa dok bsg, gtau kata depa colling smlm nak suh p pasang implanon.. Tapi x dapat2...ahaaaa...Pelik toi la..Tepon ada ja bateri. xdak lak dapat msg ka...hurmm...
Alaaahaiz..melepas lg la nak pasang implanon... Tngu lagi smp bulan 12 ni pulak..

Tuesday, October 12, 2010

Puisi Suami Isteri...

Ahahaha... Korang baca la...Paham2 sendiri...Dapat puisi ni masa dok merayau2 hilangkan ngantok...hihihi...

Istriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akansilauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu.....
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


***Balasan Puisi sang istri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah...!!!

Cara Mengatasi Sifat Malas

Semalam, masa otw nak balik umah, aku dengar ustaz dalam IKIM.fm ni cakap pasal tajuk malas. Ada ayat yang buatkan aku tertarik:

Jika kita menanam benih KEMALASAN,
Pasti kita akan memetik buah KEGAGALAN...

Lepastu ustaz ni ada bagi doa utk mengurangkan rasa malas dalam diri kita..Ni doa nya:




Ok, renung2kan & selamat beramal kawan2...
Selalu amalkan doa ni lepas solat...Nasihat utk kawan2 dan diri aku sendri...

Tekanan, Stress


TEKANAN2!!!

Adeh!! Rasa macam nak jerit kuat2...aaaarghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! Ha puas.. Kebelakangan ni aku rasa tekanan sangat... Tatau nak cakap.. Tengok gambar tu boleh describe la apa aku rasa...hahaha

Ni aku copy paste, cara2 nak mengurangkan stress.. Bagi aku, aku dapat kurangkan stess dengan bnyak berzikir, kadang2 lam keta otw balik umah dari keje... Sampai umah aku bukak la Astro Oasis yang ada zikir munajat tu, atleast dapat mengurangkan tekanan yang aku rasa ni..

Solat
Bagi seorang Islam solat dapat memberi ketenangan jiwa. Satu kajian mengatakan setiap perbuatan dalam solat mempunyai khasiatnya sendiri.


Baik sangka
Baik sangka terhadap semua orang. Suami bersangka baik terhadap isteri, majikan bersangka baik terhadap anak buah dan begitu juga sebaliknya. Ingat, jaga tingkah laku...


Lihat Kerja Sebagai Cabaran

Ambil positif setiap tugasan yang diberikan. Jangan mengeluh!!


Maafkan Orang
Sebelum tidur maafkan semua kesilapan orang lain dan begitu juga kita memaafkan kesilapan orang lain. Maka hidup akan menjadi tenang..


Jangan Berdendam
Dendam hanya menyebabkan tekanan dalam badan tinggi dan mungkin akan terkena tekanan darah tinggi!!


Rapatkan Silaturrahim
Rapatkan hubungan dengan semua orang tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Ha, lagi satu aku suka makan.. Tapi kalau kat umah, x bapa sempat..huhu.. Yela, nak masak utk anak2, nak bagi depa makan, kadang2 sampai lupa makan...Aku makan ja apa yg aku bagi depa makan...

Friday, October 8, 2010

Kelebihan Bismillah 5...

Kebelakangan ni, pelbagai jenis penyakit yang menular berlaku samada ke atas diri kita, sedara mara atau sesiapa saja. Ada yang berbahaya & ada yang berjangkit dan macam2 lagi.. Selain daripada pengambilan ubat-ubatan sebagai alternatif untuk menyembuhkan penyakit tersebut, ada doa yang boleh diamalkan untuk kita elak atau menyembuhkan penyakit tersebut (InsyaAllah dengan izin Allah)

Doa ini jika yg da tau kebaikan nya alhamdullillah..tp yg blum tau elok la bljar &mula mgamalkan doa2(pmohonan)ni ..bacalah amalan ni 3x pg & 3x ptg..insyallah kita terlindung dr segala pyakit dan mudarat di bumi dan air.

Doa ni juga boleh diamalkan untuk dimurahkan rezeki, melapangkan dada dan terhindar daripada datangnya bahaya.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah yang Mencukupi
Dengan nama Allah yang memberi Kesejahteraan
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:
1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk merawat penyakit yang tidak diketahui puncanya

Cara merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah bismillah 5 ini sebanyak 7 kali kemudia ditiup ditempat yang sakit itu. Selepas itu ditiup pula keatas air.
Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan iktikat bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.

Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar dan tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Wednesday, October 6, 2010

PENGHULU ISTIGFAR



Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

Gastritis

Isnin lepas, masa tengah bersiap2 nak g keja & antar mak aku naik bus kat Bukit Jalil, tiba2 rasa mual semacam..pedih gla lah ulu hati ni..rasa cam nak cirit pon ada..senaaak semacaaam ja...Mula2 leh tahan lagi.. Tapi before kuar tu, mmg da tak boleh blah.."wueeeekk!! argh! muntah dua round.. feel better cket..then g antar anak2 g nsery. Pastu nak antar mak aku g naik bus pulak..
Sampai kat stesen bus, then carik parking, g tngu dlo kat tempat menunggu tu sebab bus lg sejam..kami smp awai lam koi 9.00 pagi..Mak aku dok suh balik, tapi cian lak, xkan nak biar my mom tunggu sorang.. Muka mmg pucat abes.. Lutut dah rasa lembik abes...mmg dah x leh nak jalan..Then 9.40 pagi, mak aku ajak g tngu kat platform..terbalik lak...aku yang follow mak aku..sampai kat platform 9 tu, mak aku suh aku balik ja la..g amek mc..memang trok sngt dah..loya n nak muntah..Salam2 suma ngn mak, aku chow balik umah..tido n memang x leh buat apa dah...makan suma memang x leh...

Petang lam koi 6, agak ok cket, aku g mandi suma n planning g amek anak.. Then singgah Klinik Maamor kat Bandar Tasik Selatan. Doc gtau aku ni kena gastrik ni..aku agak dah..makan pedas sngt minggu tu.. sampai hari ni still rasa lagi...

Fakta mengenai Gastrik.

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Asid perot

Tanda-tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jaga Pemakanan & Ubah Gaya Hidup:

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

KU ADA KAMU – ADIRA AF8



Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Hihi..tiba2 ja entry kali ni letak lirik lagu pulak eh..
Ni lagu fav anak dara aku cik Aisya..suka sangat la ngn lagu ni.. Tengok ja video klip Adira ni, apalagi.."Andai hari esok, bla bla..." sampai aku pon tergelak..sebab ntah pape perkataan yang terkeluar...sukak2 ja tambah2 ayat lak..hihi..Pastu aku la kena sambung nyanyi.."Mama..mama cepat la nyanyi" adeh la...aku ni da la pandai nyanyi..pa lagi...miming ja la...ahaks! knonnya aku la nyanyi..hahaha...

Friday, October 1, 2010

Rona Roni Makaroni Bakar by Mama Rose..



Hari ni ada potluck Raya kat opis.. Dari semalam lg aku dah plan dah.. nak buat Makaroni Bakar and Kek Batik..hihii.. Laris rupanya makaroni aku ni.. Ramai yang nakkan resipi..ahaks! Ok aku share resepi ni ngan korang..

Bahan-bahannya:

1. Sebungkus daging cincang/ ayam cincang
2. 250g Makaroni - rebus sehingga kembang
3. 150 ml susu segar (aku pakai dutch lady ja)
4. 3 biji telor.
5. 5 ulas bawang putih dimayang halus
6. Sayur Campur (Jagung, karot & Kacang pes) & cendawan butang
7. Butter untuk menumis
8. Cili merah
9. Mozarella Cheese
10.Serbuk Oregano/ kiub ayam
11.Black Pepper
12.Garam


Cara nak membuatnya:

1. Rebus makaroni sehingga kembang (Masukkan seinci butter bersama makaroni supaya makaroni tidak melekat apaibila di sejat nanti). Kemudian sejatkan.

2. Panaskan butter. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga naik bau & kekuningan.

3. Masukkan daging cincang/ ayam cincang serta diikuti dengan sayur campur & cendawan butang. Tambahkan blackpepper & serbuk oregano secukup rasa. Kalau takde serbuk oregano tu, boleh digantikan dengan kiub ayam. Kacau dan biarkan mendidih.

4. Masukkan makaroni yang telah disejat tadi. Kacau hingga sebati dan masukkan susu segar. Boleh juga digantikan dengan susu cair. Kacau lagi dan biarkan masak. Tambahkan garam secukup rasa anda.

5. Tutup api

6. Pukul telur dan masukkan ke dalam makaroni yang baru masak tadi. Kacau hingga sebati.

7. Sapukan butter ke dalam loyang hingga rata.

8. Buat 2 adunan. Tuang adunan 1 dan susun cheese di atas adunan. Masukkan aduan kedua. Tabur cili merah untuk hiasan. Susu cheese mengikut citarasa.

8. Masukkan adunan tadi ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 30-40 minit.

9. Bila dah masak. Letakkan mayonis dan sos cili/ tomato ke atas makaroni tersebut.

10.Sedia untuk di makan.. yumyyy3!!!!

Cuba jangan tak cuba.. resipi yang mudah.. Kalau nak edit, boleh tambah udang yang digoreng bersama butter & susun di atas adunan.. aku rasa musti menarik.. Nak buat, tapi terlupa..hahaha...Korang la cuba pulak..hihi