CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, June 16, 2011

Pool xtra kecik...

Suka sangat Aulya mandi dlm besen..bath tab time baby dlu dok lam store mls nak kuarkan..ada besen kecik comei ni ja yg muat2 badan Aulya..seronok sangat si kecik ni bla ajak g mandi terus masuk toilet capai 'bath tab' yg super duper kecik tu..360 darjah leh pusing2 badan.angkat2 bontot debab tu cket leh psg2 dah..eee geraam la oya2 ni...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 15, 2011

When Baba become a Mr.Mama

Tajuk tak boleh blah kan. My hubby sekarang ni tgh relaks kat umah..Untuk mengelakkan keboringan dan kebosanan tu ada ja menda nak buat..Alhamdulillah, lega jugak la kan, ada org nak tlg cuci baju, lipat baju..hehe leh la saya pencen sat dari buat all those things..hehe..tapi yang memang tak bleh blah, kol 1 pagi, ada la org kejot suh bangun..haha bangun supper.. Ni antara menu2 yg Mr.Mama dah buat..tadaaa..







Kalau selalu supper camni, abes la kami berdua..plan nak kasik slim la kunun, alih2 semakin menambah2 berat n kalori ada la..hehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Testing2

Cobaan kali pertama update thru hp..huhu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 7, 2011

My Lil Aulya

Pejam celik may cheeky bam2 Aulya dah almost 14 bulan = setahun 2 bulan..
Dah banyak progress Aulya dah pandai sekarang.. s0n0t sangat tengok..Tambahan lagi Aulya membesar dengan susu mama...Alhamdulillah..Jom kita list out apa Oya dah pandai sekarang:

1) Dah pandai panggei Baba & Mama..Bila nangis ja "meme..meme..(sebut ikut sebutan ya)..kadang tu (bababa, bababa)..heheh cute2
2) Pandai merajok..bile marah ja buat la mulut muncung syebek..tu...he
3) Pandai gigit..mama la mangsa gigitan tu..gigi dah nak masuk 6..bawah 2 atas 4..
4) Pandai jalan dah..dah nak berlari dah..berjalan masa umur 11 bulan..kira cepat juga la..
5) Pandai minta kalau nak makan or minum "mam mam mam"..Pantang tgok botol ayaq, keja nak minum or sedut ja..
6) Pandai nak baca2 buku..x leh tgok abang n kakak pagang buku..
7) Pandai nyakat abg Aiman, suka main ngn abg berbanding kakak coz kakak ska angkat n dukong2..
8) pandai menari n hangguk2 kepala bila ada iklan lagu or zikir kat oasis..

Mama, Baba, Kakak, Abang doakan semoga Aulya membesar menjadi anak yang solehah, beriman, mendengar kata, cerdik, hotmat ibu bapa n orang yg lebih tua..Moga Aulya sentiasa dimurahkan rezeki serta diberkati di dunia dan akhirat..Amiinnn...


11 bulan..baru dapat kaki..keja nak jalan ja..

Panjang betoi lidah anak dara ni..


Kacau abg minum..tengok peha tu...

Ngeh2..

Sebek daaah...

Senyum mahai...gerammnyaaa...

Anak2 ku sayang..muah..

Syoknyaa bila balik kg..

Lama sangat dah menyepi, mood nak menaip muncul kembali..bukan la tamau nak hapdet tapi sangat sibuk la ni..kuaq pukui 8 pg sampai umah 8.30 malam..x sempat nak post even satu entry pon.. so mulai hari ni, kena hapdet gak walaupun seminggu 3 kali ka kan..hehe..

Ha pasai entry kat atas tu..Weeken lepas, me & my team termasuk somiku sayang, we all balik kg lagi..bulan lepas baru ja balik, tapi x puaih la...so bulan ni simpan det, balik kg lg..sebenaqnya nak blk makan kenduri kawan my somi..En somi nak balik, puan wifey pon musti la jugak kan..layanzz pic masa kat umah mak ayah--->










Tuesday, March 29, 2011

KASIH IBU TIADA TANDINGNYA HINGGA KE UJUNG NYAWA.....

Saya baca kisah ni daripada seorang teman di facebook daripada Kump. Ibu2 menyusu saudari Surina Mokhtar. Entry yang sangat sedih dan memilukan..sebak sangat saya baca entry ni..

"Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi."

Wednesday, March 2, 2011

Entry sedih...

Sedih sangat hari..Di atas kelalaian saya, saya mohon semoga Allah melindungi kami sekeluarga dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan kami. Kena tunggu result sebulan lagi..Hopefully segalanya seperti biasa, dan kemungkinan terjadinya apa yang tiak disangkakan tidak terjadi...YaAllah! Kuatkanlah hambaMu ini...Makbulkanlah segala permintaanku..Amiiinnn

Monday, February 7, 2011

2011......Tahun aneh??


Tahun ni mempunyai 4 tarikh aneh kalau u olls perasan,

1-1-11,
11-1-11,
1-11-11
dan 11-11-11..

Cuba korang ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran dan dicampur dgn umur korang tahun ini..
hasilnya pasti 111..

SUBHANALLAH!!.. try it! (contoh: 1984 & 27 > 84+27=111)...
hasil utk baby = 11... (contoh : 2011 & 0 > 11+0=11, 2010 & 1 > 10+1=11)

Cuba korang try apa hasilnya..betol or tak...


Thursday, January 13, 2011