CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, September 28, 2010

Implanon Vs IUD

Untuk makluman, bagi sesape yang x tahu menahu apa itu Implanon/ IUD. Actually menda alah tu sebenarnya Alat Perancang Keluarga:Dua kaedah yang digunakan untuk merangcang keluarga selain daripada pengambilan ubat-ubatan & kaedah2 lain.

Bulan lepas, aku dah amek suntikan Depo Provera untuk kali yang kedua. Bulan 10 ni aku perlu buat pilihan yang tepat samada nak pakat Impanon or nak pasang IUD.

Implanon:

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama
Tengok la gambar implanon ni kat bawah.







Alat Instrauterin (IUD):

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:

Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.



Tengok gambar kat bawah ni cam takot lak..Berkesan kah IUD ni? Takot terinjak dari landasan ke..adeh x pasal2 terkeluar lg sorg tahun depan..



Kawan2..apa pendapat korang??

3 comments:

Salbiah bt Karim said...

iud la sbb x menganggu hormon dalam badan. sy nye pakai utk 3 taun. tapi tiap2 taun kena g scan utk tgk kedudukan iud tu beralih ke x. so far pakai stakat ni ok x. cuma period 1 bulan byk, 1 bulan sket. gilir2. bln lepas 3 hari jek tinggal pose. dr cakap period akan heavy bila pakai iud ni, tapi akak pakai jadi gilir sebulan banyak,sebulan sikit.

Rose Onion said...

Akak pasang dlo bapa RM? kat mana akak? cam takot ja tengok rupa dia. Mula2 ingat nak psang implan..pas akak cakap implan leh naik badan, cam nak pakai IUD.. Tapi keberkesanan IUD tu...hurmmm.. Akak, selesa tak.ada rasa apa2 tak?

Salbiah bt Karim said...

akak buat kat an-nur ngan dr khamsiah. rm290. x rasa pape pon, ok je.