CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, September 29, 2010

Puding Caramel by Mama Rose

Ni aku nak share ngn korang Resipi Puding Caramel yang aku buat semalam. Aku edit sikit. Slalu buat lain.. Dapat tau dr ruby, Kakak dia kata kalau buat letak serbuk roti sedap.. so aku pon try la edito semalam..so ini la hasilnya.






Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A
1. 1/2 cawan air
2. 7 sudu gula

Bahan B
1. 450g susu cair (satu tin)
2. 4 sudu susu pekat
3. 3 titik Esen Vanila

Bahan C
1. 7 biji telur
2. 2 keping Roti Gardernia yang telah dikisarkan dalam pengisar kering
2. 2 potong limau sunkist
3. 4 sudu gula

Cara membuatnya:

1. Campurkan bahan A. Masak dan kacau sehingga keperang-perangan. Jangan biarkan terlalu perang. Nanti rasa akan jadik pahit dalam loyang.

2. Setelah bahan A tadi masak, terus tuangkan ke dalam loyang

3. Campurkan bahan B. Masak dan gaul sehingga sebati.Tak perlu terlalu lama. Agak nak suam2 terus padamkan api.

4. Campur dan gaulkan adunan C hingga sebati. Tuankan Bahan B ke dalam adunan bahan C. Kacau sehingga betul2 sebati.

5. Tuangkan ke dalam loyang bahan A tadi dan kukus selama 30-40 minit.

6. Angkat dan sejukkan sebelum di telangkupkan.

7. Masukkan ke dalam peti ais.

SELAMAT MENCUBA.....

2 comments:

Alida Ali said...

Ok nanti akan ducuba...

Rose Onion said...

Selamat Mencuba...Jangan lupa wak mai opis..hahahaha