CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, September 22, 2010

Adab nak memotong kuku...

Memotong kuku merupakan sunnah Nabi Sollallahualaihiwasallam. Ia termasuk di dalam fitrah[1]. Sabda Rasulullah Sollahualahiwasallam:

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال الفطرة خمس الاختتان والاستحداد وقص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الإبط -رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu, daripada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, Baginda bersabda "Fitrah itu lima: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Riwayat Muslim)

Sekarang saya ingin berkongsi cara memotong kuku sebagaimana yg diajar oleh para ulama. Terdapat 3 cara/ tertib untuk memotong kuku jari tangan dan 1 cara untuk memotong kuku jari kaki. Kalau anda menemui cara yg lain, silalah kongsikan bersama.

:: Cara potong kuku jari tangan

Pertama: Di sisi Imam Ghazali
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar!



Kedua: Di sisi Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.



Ketiga: Di sisi Imam Ahmad
Mulakan dengan tangan kanan. Gunakan kaedah 'خوابس '. Kemudian gunakan kaedah ' أوخسب ' untuk tangan kiri. Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari dalam bahasa Arab. Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.

Saya terjemahkan nama jari-jemari dalam bahasa Arab ini ke dalam bahasa Malaysia mengikut susunan daripada ibu jari hingga kelingking untuk memudahkan anda.

إبهام (ibham) : Ibu jari
سبابة (sabbabah) : Jari telunjuk

وسطى (wusto) : Jari tengah
بنصر (binsir) : Jari manis

خنصر (khinsir) : Jari kelingking
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Nak mudah lagi terus tengok gambar!




:: Cara potong kuku jari kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:

Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk.



:: Antara hari-hari yang disunatkan bagi memotong kuku ialah Isnin, Khamis da Jumaat.

HARI SABTU
-Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)

HARI AHAD
-Hilang berkah

HARI ISNIN
-Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu & mempunyai kelebihan)


HARI SELASA
-Mempusakai kebinasaan

HARI RABU
-Mempusakai jahat perangai

HARI KHAMIS
-Mempusakai kaya.


HARI JUMAAT
-Mempusakai ilmu dan lemah lembut
.

So..kawan-kawan, potonglah kuku pada hari2 yang disunatkan serta mengikut tertib memotong kuku yang betul bagi mendapat keberkatan dan kebaikan dalam kehidupan kita..Amiinn...

1 comment:

Rose Onion said...

Sebellum ni saya memang potong kuku ikut cara Imam Ahmad. Dlo masa belajar2, saya refer kitab yg mak saya dok baca..saya ikut tertib tu.. Untuk kuku kaki pon saya ikot adab yg sama..Maknanya betollah cara saya potong kuku..Tapi kan, kadang2 ada gak potong pada hari2 yang x disunatkan.. Nauzubillah, taktau fadilat hari2 tersebut...Lepas ni ikot adab n hari yang betol untuk dapat keberkatan daripada-Nya