CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, October 12, 2010

Cara Mengatasi Sifat Malas

Semalam, masa otw nak balik umah, aku dengar ustaz dalam IKIM.fm ni cakap pasal tajuk malas. Ada ayat yang buatkan aku tertarik:

Jika kita menanam benih KEMALASAN,
Pasti kita akan memetik buah KEGAGALAN...

Lepastu ustaz ni ada bagi doa utk mengurangkan rasa malas dalam diri kita..Ni doa nya:




Ok, renung2kan & selamat beramal kawan2...
Selalu amalkan doa ni lepas solat...Nasihat utk kawan2 dan diri aku sendri...

Tekanan, Stress


TEKANAN2!!!

Adeh!! Rasa macam nak jerit kuat2...aaaarghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! Ha puas.. Kebelakangan ni aku rasa tekanan sangat... Tatau nak cakap.. Tengok gambar tu boleh describe la apa aku rasa...hahaha

Ni aku copy paste, cara2 nak mengurangkan stress.. Bagi aku, aku dapat kurangkan stess dengan bnyak berzikir, kadang2 lam keta otw balik umah dari keje... Sampai umah aku bukak la Astro Oasis yang ada zikir munajat tu, atleast dapat mengurangkan tekanan yang aku rasa ni..

Solat
Bagi seorang Islam solat dapat memberi ketenangan jiwa. Satu kajian mengatakan setiap perbuatan dalam solat mempunyai khasiatnya sendiri.


Baik sangka
Baik sangka terhadap semua orang. Suami bersangka baik terhadap isteri, majikan bersangka baik terhadap anak buah dan begitu juga sebaliknya. Ingat, jaga tingkah laku...


Lihat Kerja Sebagai Cabaran

Ambil positif setiap tugasan yang diberikan. Jangan mengeluh!!


Maafkan Orang
Sebelum tidur maafkan semua kesilapan orang lain dan begitu juga kita memaafkan kesilapan orang lain. Maka hidup akan menjadi tenang..


Jangan Berdendam
Dendam hanya menyebabkan tekanan dalam badan tinggi dan mungkin akan terkena tekanan darah tinggi!!


Rapatkan Silaturrahim
Rapatkan hubungan dengan semua orang tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Ha, lagi satu aku suka makan.. Tapi kalau kat umah, x bapa sempat..huhu.. Yela, nak masak utk anak2, nak bagi depa makan, kadang2 sampai lupa makan...Aku makan ja apa yg aku bagi depa makan...

Friday, October 8, 2010

Kelebihan Bismillah 5...

Kebelakangan ni, pelbagai jenis penyakit yang menular berlaku samada ke atas diri kita, sedara mara atau sesiapa saja. Ada yang berbahaya & ada yang berjangkit dan macam2 lagi.. Selain daripada pengambilan ubat-ubatan sebagai alternatif untuk menyembuhkan penyakit tersebut, ada doa yang boleh diamalkan untuk kita elak atau menyembuhkan penyakit tersebut (InsyaAllah dengan izin Allah)

Doa ini jika yg da tau kebaikan nya alhamdullillah..tp yg blum tau elok la bljar &mula mgamalkan doa2(pmohonan)ni ..bacalah amalan ni 3x pg & 3x ptg..insyallah kita terlindung dr segala pyakit dan mudarat di bumi dan air.

Doa ni juga boleh diamalkan untuk dimurahkan rezeki, melapangkan dada dan terhindar daripada datangnya bahaya.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah yang Mencukupi
Dengan nama Allah yang memberi Kesejahteraan
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:
1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk merawat penyakit yang tidak diketahui puncanya

Cara merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah bismillah 5 ini sebanyak 7 kali kemudia ditiup ditempat yang sakit itu. Selepas itu ditiup pula keatas air.
Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan iktikat bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.

Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar dan tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Wednesday, October 6, 2010

PENGHULU ISTIGFAR



Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin

Gastritis

Isnin lepas, masa tengah bersiap2 nak g keja & antar mak aku naik bus kat Bukit Jalil, tiba2 rasa mual semacam..pedih gla lah ulu hati ni..rasa cam nak cirit pon ada..senaaak semacaaam ja...Mula2 leh tahan lagi.. Tapi before kuar tu, mmg da tak boleh blah.."wueeeekk!! argh! muntah dua round.. feel better cket..then g antar anak2 g nsery. Pastu nak antar mak aku g naik bus pulak..
Sampai kat stesen bus, then carik parking, g tngu dlo kat tempat menunggu tu sebab bus lg sejam..kami smp awai lam koi 9.00 pagi..Mak aku dok suh balik, tapi cian lak, xkan nak biar my mom tunggu sorang.. Muka mmg pucat abes.. Lutut dah rasa lembik abes...mmg dah x leh nak jalan..Then 9.40 pagi, mak aku ajak g tngu kat platform..terbalik lak...aku yang follow mak aku..sampai kat platform 9 tu, mak aku suh aku balik ja la..g amek mc..memang trok sngt dah..loya n nak muntah..Salam2 suma ngn mak, aku chow balik umah..tido n memang x leh buat apa dah...makan suma memang x leh...

Petang lam koi 6, agak ok cket, aku g mandi suma n planning g amek anak.. Then singgah Klinik Maamor kat Bandar Tasik Selatan. Doc gtau aku ni kena gastrik ni..aku agak dah..makan pedas sngt minggu tu.. sampai hari ni still rasa lagi...

Fakta mengenai Gastrik.

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.


Asid perot

Tanda-tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jaga Pemakanan & Ubah Gaya Hidup:

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

KU ADA KAMU – ADIRA AF8



Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Hihi..tiba2 ja entry kali ni letak lirik lagu pulak eh..
Ni lagu fav anak dara aku cik Aisya..suka sangat la ngn lagu ni.. Tengok ja video klip Adira ni, apalagi.."Andai hari esok, bla bla..." sampai aku pon tergelak..sebab ntah pape perkataan yang terkeluar...sukak2 ja tambah2 ayat lak..hihi..Pastu aku la kena sambung nyanyi.."Mama..mama cepat la nyanyi" adeh la...aku ni da la pandai nyanyi..pa lagi...miming ja la...ahaks! knonnya aku la nyanyi..hahaha...

Friday, October 1, 2010

Rona Roni Makaroni Bakar by Mama Rose..



Hari ni ada potluck Raya kat opis.. Dari semalam lg aku dah plan dah.. nak buat Makaroni Bakar and Kek Batik..hihii.. Laris rupanya makaroni aku ni.. Ramai yang nakkan resipi..ahaks! Ok aku share resepi ni ngan korang..

Bahan-bahannya:

1. Sebungkus daging cincang/ ayam cincang
2. 250g Makaroni - rebus sehingga kembang
3. 150 ml susu segar (aku pakai dutch lady ja)
4. 3 biji telor.
5. 5 ulas bawang putih dimayang halus
6. Sayur Campur (Jagung, karot & Kacang pes) & cendawan butang
7. Butter untuk menumis
8. Cili merah
9. Mozarella Cheese
10.Serbuk Oregano/ kiub ayam
11.Black Pepper
12.Garam


Cara nak membuatnya:

1. Rebus makaroni sehingga kembang (Masukkan seinci butter bersama makaroni supaya makaroni tidak melekat apaibila di sejat nanti). Kemudian sejatkan.

2. Panaskan butter. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga naik bau & kekuningan.

3. Masukkan daging cincang/ ayam cincang serta diikuti dengan sayur campur & cendawan butang. Tambahkan blackpepper & serbuk oregano secukup rasa. Kalau takde serbuk oregano tu, boleh digantikan dengan kiub ayam. Kacau dan biarkan mendidih.

4. Masukkan makaroni yang telah disejat tadi. Kacau hingga sebati dan masukkan susu segar. Boleh juga digantikan dengan susu cair. Kacau lagi dan biarkan masak. Tambahkan garam secukup rasa anda.

5. Tutup api

6. Pukul telur dan masukkan ke dalam makaroni yang baru masak tadi. Kacau hingga sebati.

7. Sapukan butter ke dalam loyang hingga rata.

8. Buat 2 adunan. Tuang adunan 1 dan susun cheese di atas adunan. Masukkan aduan kedua. Tabur cili merah untuk hiasan. Susu cheese mengikut citarasa.

8. Masukkan adunan tadi ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam masa 30-40 minit.

9. Bila dah masak. Letakkan mayonis dan sos cili/ tomato ke atas makaroni tersebut.

10.Sedia untuk di makan.. yumyyy3!!!!

Cuba jangan tak cuba.. resipi yang mudah.. Kalau nak edit, boleh tambah udang yang digoreng bersama butter & susun di atas adunan.. aku rasa musti menarik.. Nak buat, tapi terlupa..hahaha...Korang la cuba pulak..hihi