CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, January 22, 2010

Tarik Mengkarung a.k.a Simpul Biawak

Tarik Mengkarung???
Simpul Biawak??
Ada sapa2 yang lom pernah dengar simpulan bahasa ni (simpulan bahasa ka?? tibai ja la)...
Selalunya preggie mommy yang sokmo kena tarik mengkarung ni.. orang kedah mmg panggil tarik mengkarung.. or nak senang paham Leg Cramp cakap omputeh..

Aku dah 2 hari2 berturut2 kena tarik mengkarung ni.. kejadian selalu berlaku time koi 4 5 pagi cam tu... waaaaaa sangat3 sakit...semalam, sangat hebat la pertarungan aku.. apa yang hebat?? haaa dua2 kaki aku kena tarik mengkarung serentak...memang meraung sakit.. dan pagi ni pulak, time tengah sedap2 tido aku dikejutkan lg dengan tarikan mengkarung / simpulan biawak ni....aaaaaaaahhh!!! saaaakitt... 3 kali berturut2 di kaki yang sama...

Kawan2 sape2 ada tips, jom la kongsikan...

Setengah org cakap tarik mengkarung ni jadi sebab cuaca yang sejok..
**Tapi aku dah sapu minyak panas & selimut time tido..tapak kaki pon panas ja..
Betulke sebab sejok??

Ada lagi orang cakap sebab tak cukup kalsium..
** Dlu masa 2nd pregnancy aku minum hari2 susu..tapi stil kena jugak..hurmm

Yang ni aku rasa betol...sebab tak cukup air..
** Aku memang sangat kurang minum air..kadang2 tekak ni rasa haus sangat.. bla time sebuk sangat kat opis tu mmg lupa cam tu je..

P/s: Pada mummy2 yang selalu kena tarik mengkarung ni, Ok cuba baca petua ni dari blog http://littlemamadiary.com

Tips Kalau Tak Mau Kena Simpul Biawak @ Tarik Mengkarung

  1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (atau make sure garam ada walaupun sikit dalam makanan kita, salt=sodium)
  2. Banyakkan makanan ber-potassium tinggi macam pisang

Tips Kalau Dah Terkena Simpul Biawak @ Tarik Mengkarung

  1. JERIT mintak tolong kat suami….ha..ha.. (minta suami tekan tapak kaki dan picit-picit).
  2. Picit ibu jari kaki sekuat hati . Memang berkesan, tapi kena picit kuat2 for hampir 1 minit.
  3. Picit bahagian pergelangan kaki
  4. Tarik semua jari kaki
  5. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang2 kaki)
  6. Kalau tengah duduk, terus bangun dan cuba berjalan (memang mulanya sakit, tapi akan cepat hilang kalau kita bergerak)

2 comments:

Adika Raimi said...

kalau kawan saya, dia kepit pen atau pape je, antara ibu jari kaki n jari sebelah tu..sy ingat tak jadi, bila try, memang jadi..heheh

AINON JARIAH said...

selalulah minum jus kurma .InsyaAllah sembuh.Jus ni juga baik untuk wanita yang mengandung.