CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, December 22, 2008

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Kengkawan sume, saja nak berkongsi dengan kawan2 artikel/ hadith2 mengenai khasiat kurma, kismis & madu untuk kesihatan kita..Ok, selamat membaca....


1.. KURMA

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat istimewa serta kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah".


  • Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

  • Mengikut pendapat pakar perubatan lain, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Mungkin inilah hikmatnya apabila wahyu diturunkan oleh Allah kepada ibu Nabi Isa a.s iaitu Saidatina Maryam binti Imran menyuruh beliau memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas melahirkan Nabi Isa A.S.

  • Menurut Prof Madya Aslah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Sebagaimana kita tahu, perbuatan memberi makan kurma kepada kanak-kanak yang baru lahir adalah sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."



Nabi Muhammad SAW bersabda:
  • "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
  • "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata:
  • "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
  • "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata:
  • "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".






















2..
KISMIS

Allah swt telah menyebut mengenai buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.

Dinyatakan di dalam kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." Kismis mengandungi mineral (kalsium & fosforus), Vitamin A & B, glukos dan fruktos.



Nabi Muhammad SAW bersabda:
  • "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
  • "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali berkata:
  • "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
  • "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

3.. MADU

"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."


Nabi Muhammad SAW bersabda:
  • "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
  • "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
  • "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu Madu dan Al-Qur'an."
  • "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
  • "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
  • "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Kelebihan Madu dari Sudut Sains



  • Madu mengandungi vitamin dan antioksidan ("pinocembrin" yang hanya boleh ditemui di dalam madu), tetapi ia bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.

  • Menurut kajian sains, terdapat 2 peringkat tenaga yang dibekalkan oleh madu. Glukos dalam madu diserap dengan cepat oleh badan dan memberikan tenaga segera. Fruktos pula diserap lebih perlahan lantas membekalkan tenaga berterusan kepada badan manusia.

  • Dr. Paul Gold seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia berkata , "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam madu"

  • Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperolehi lebah

No comments: