Tuesday, December 28, 2010
KENAPA KITA PERLU BALIK KERJA AWAL??
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak
bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Monday, December 27, 2010
Homemade Mushroom Soup...
Thursday, December 23, 2010
How to get back my nomal weight???
Tuesday, December 21, 2010
Teman setiaku

Monday, December 20, 2010
BB Curve 9300....

Friday, December 17, 2010
Toilet Training
Ingat lagi pengalaman how nak train my 1st dotter ni pee & poo kat toilet..
Start train Aisya ke toilet time masa dalam pantang, bersalinkan Aiman..Time tu umur Aisya dalam 1 tahun 8 bulan..Lepas minum susu dalam setengah jam mak akan ajak g toilet.. Syuh!syuh!..kadang2 kuar kadang tak..sabaq ja la..siang tak pakai pampers cuma time nak poo, Aisya gtau.."Mama nak yak"..pakaikan la pampers..mlm memang pakai la...siang ja tak..Tapi banyak kali jugak la terlupa nak ajak g toilet, terlepas kat lantai.. Tapi pengalaman yang x dapat saya nak lupa, tiba2 time tu Aisya jerit "Nenek cakit peyooot!!".. Mak saya ingatkan kembong ke apa, letak la minyak..sekali Aisya lari g tengah2 umah..& ....hahaha abes..poo kat lantai..hihihi...Pakat gelak abes...
Then masa after pantang, balik KL, saya x tahan nak ajar, if rajin ja..dok nsery pon pakai pampers lg..Seingat saya, masa saya bersalinkan Aulya, Aisya dalam 2 tahun 11 bulan..My hubby tak pakaikan pampers & Aisya g lari pee kat toilet...Terkejot gak laa..dah pandai ni...Then, mlm pon kitaorg tak pakaikan pampers..Alhamdulillah...Berjaya..Kejot setiap 3 jam untuk ke toilet..Kalau nak poo ja still nak kena pakaikan pampers..kalau tak, peram la sampai 2 hari...kat nsery memang x penah poo sebab takot nak minta pampers.. Masa lam pantang, train lagi..kali ni ajar poo kat toilet...Tapi tak nak kat lubang toilet, poo kat lantai..Hubby & mak saya la jd mangsa..

After 2 bulan pastu, sampai daripada opis.. Tiba Aisya, "Mama, tolong bukakkan lampu toilet jap, Aisya nak berak"..Saya pon bukak la..Tau apa dia buat..Dia panjat toilet bowl..duduk sambil tangan 2 belah tahan kat blakang..Saya takot jatuh ja..Dia cakap," Takpe, Aisya boleh berak la mama"..(Anak saya ni memang pandai cakap cket ya-->KL abes)..Then dah siap dia bangun & pam flush kemudian basuh sendiri(before ni memang dah pandai basuh, cuma kena bukakkan pampers ja..start basuh sendiri dalam 2 tahun lebey)..dalam hati..Wah!! dah pandai..sapa yang ajar ni..hihi..apa lagi, terus sms baba..xcited!! anak dah pandai..
Start daripada hari tu memang x penah pakai pampers dah kalau nak poo.. Saya ada belikan seat utk kids letak kat bowl tu, tapi Aisya taknak..x selesa kot..
Now, dok pk camna nak train si abg kecit lak,,sekarang dah 1 tahun 9 bulan..
Tapi tak bapa pandai cakap lg...Kalau pampers penuh, pandai la bukak seluar n suh bukakkan pagar kat dapur..nak g toilet..Kalau poo kena tnya "AIman dah siap belum, kalau dah p toilet"..So kedek2 la jalan g toilet..Tak boleh nak agak bla nak poo sebab x bapa pandai cakap lg..Tak pe caiyok2!! Pelan2, si kakak boleh pandai sendr ja..x yah potty2 pon..hihi..
Thursday, December 16, 2010
Ingat 5 Perkara sebelum tibanya 5 perkara
Saban hari usia semakin meningkat dan setara dengan usia kita itu, tahap kematangan kita pun turut meningkat..
Ada tak, manusia yang semakin meningkat usia semakin menurun tahap kematangannya?? Mungkin ada tapi jarang sekali kita temui kan..
Selesai solat asar semalam, tiba2 saya teringat bait2 lagu kumpulan nasyid Raihan 'Demi Masa'.....
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Terdetik di benak hati, "Lekanya saya, asyik mengejar hal duniawi sampaikan tak beringat langsung dengan 5 perkara ni"..
Masa muda sekarang macam ni, apa akan jadi masa saya tua nanti
Masa tengah ada duit, belanja tak pandai beringat, apa jadik kalau tiba2 saya ditakdirkan jatuh dan tak cukup perbelanjaan..Masa tu barula nak beringat.."Dah terhantuk baru nak terngadah"
Masa tengah sihat sekarang kenala sentiasa beringat pada-Nya, Allah yang satu, Tuhan yang menciptakan sekelian alam ni.. Jangan waktu sakit baru la nak berdoa, beringat minta Allah sembuhkan cepat-cepat penyakit kita..
Masa kita masih hidup di dunia ni, waktu ni la kita harus mengatur kehidupan kita seimbang antara duniawi dan ukhrawi..Jangan dok asyik nak mengejar duniawi saja.. Di akhirat nanti macammana kita.. Ajal maut di tangan tuhan..Kita tak tahu bila kita akan mati..
Selalulah beringat dan peringatan ni untuk diri saya dan saya kongsikan bersama teman2 saya semua..
Tuesday, December 14, 2010
~~10 TIPS MENGATASI NAFSU MAKAN~~
-
1.Makan setiap 3-4 jam! Ini adalah tip mengatasi nafsu makan yang paling penting. Kenapa? Sekiranya anda makan dengan kerap, nafsu makan tiada chance untuk bergelora.
- 2.
Minum air sepanjang hari. Secara semulajadi, air dapat mengurangkan selera anda untuk makanan bergula. Also, air tidak mengandungi apa2 kalori – jadi tak kira banyak mana anda minum, ia tidak dapat meningkatkan berat badan anda!
- 3.
Senaman memang berkesan. Senaman mengeluarkan endorphins yang dapat suppress selera makan anda. Aktiviti senaman juga umpama reminder kepada komitmen anda untuk stay in shape.
- 4.
Adakah anda stress? Stress atau tekanan hidup memainkan peranan besar dalam mempengaruhi nafsu makan. Ramai sering mencari makanan ketika stress. My adice: carilah hobby alternatif yang bole berperanan sebagai stress buster! Lawan stress …jangan layan!
- 5.
Elakkan gula substitute Walaupun artificial sweeteners tidak mengandungi apa2 kalori, ia sebenarnya boleh meningkatkan keinginan anda untuk gula biasa. Jadi berhati-hati.
- 6.
Adakah anda bosan? Perasaan bosan biasanya punca nafsu makan yang tidak terkawal. So jangan biarkan hidup anda bosan hahah … sertai aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Tidak semestinya bersukan atau bersenam. Buatlah apa yang mengembirakan anda. Yang pasti, tiada sesiapa suka kehidupan yang membosankan!
- 7.
Adalah anda cukup tidur? Terdapat satu kajian mengatkan bahawa kurang tidur meningkatkan nafsu makansan bergula seseorang. Betul ataupun tidak, ia adalah satu lagi sebab untuk pastikan anda memenuhi tidur lapan jam sehari.
- 8.
Buah Epal Sebiji epal besar mengandungi 5g serat (fiber). Also, gula buah-buahan seperti epal tidak mempengaruhi blood sugar levels seperti gula biasa .. and sekiranya anda mempunyai pilihan, pilihlah epal hijau kerana ia kurang gula berbanding epal merah.
- 9.
Kosongkan peti sejuk. Ketahuilah trigger nafsu makan anda. Sekiranya anda gemar coklat, jangan penuhi peti sejuk anda dengan pemangkin nafsu anda. Buang apa yang tidak membantu dan hanya simpan makanan di rumah yang “baik” untuk anda.
- 10.
Tunggu! Yup kadang-kadang anda hanya perlu menunggu dan nafsu makan dan bereder. Macam pada bulan puasa di mana nafsu makan datang dan hilang sepanjang hari.
Saya dapat tips ni dari Kevin Zahri.. Susah la nak control nafsu makan yang membuak2 ni..
No 1: Saya memang jenis yang makan sekali banyak2.. kena amalkan ni kot..makan dengan kerap tapi dengan kuantiti yang sikit larr..jgn selambak terus kan..
No.2: Ok ni x perlu risau.. satu hari saya amek kadang2 more than 3 liters..Saya amek supplement (Milk Booster Shaklee) so, kena la amalkan minum air yang banyak..Bukan air yang bergula occay! AIr kosong..
No.3: Senaman?? X dak la saya amalkan senaman yang betul2.. Cuma naik turun tangga opis dari tingkat 4 ke 1 camtu hari2..boleh la kan.. Tapi sekarang ni dah mula nak start buat sit up mlm2..Smlm try, aduss perot saya ni dah kedepan..memang payanh sket n agak letih.. But saya akan teruskan setiap mlm...Caiyok2!! Hopefully bukan hangat2 taik ayam la kan...
No.4: Stress ke? Kadang2 agak stress jugak la.. Biasa la dengan keja dengan nak uruskan rumah tangga dan anak2 lagi kan.. Suami saya keja shift, so kadang2 saya blk umah after maghrib, agak kelam kabut nak arrange anak2 and makan minum diorg suma.. Tapi so far sekarang saya rasa saya dah boleh manage..Xdela stress yang keterlaluan.. Sikit2 aja...
No.5: Ini x kot..
No.6: Ya kadang2 saya rasa agak bosan... Husband just cuti weekend sekali saja dlm sebulan.. So, aktiviti kat luar bersama anak2 tu kurang.. Cuma anak2 beraktiviti bersama mama kat umah ja... hihi..
No.7: Rasanya tak kot.. Setiap akan bangun untuk BF my bb Aulya.. ada dalam 3-4 kali.. Tapi saya akan kerap bangun dalam pukul 2-3 pagi utk amek minuman n roti.. rasa lapar time tu sebab saya sekarang dah kurang amek dinner..Then baru nak tdo ja my baby merengek nak minum...kekeke so, tdo pon ala2 tdo2 ayam ja...Tapi Alhamdulillah, after saya jumpa produk Shaklee Set B, even tak cukup tdo, saya stil rasa bertenaga.. xdak la rasa lembik semacam ja...Biasala ada anak2 kecik, no wonder la tdo tak brapa mencukupi...
No.8: Kadang2 saya amek tapi epal merah.. Makan time otw nak g keje lam kete..
No.9: Alamak! ni yang payah ni.. Peti ais slalu ja penuh..huhuhu
No.10: Tunggu...Ya, ni la saya buat mlm2.. After smp rumah dr opis, sayam loading suma barang2 n anak2..then buat susu diorang, tengok tv jap n BF Aulya..Kasik Aulya tido..memang x sedar pon time kol bapa... Tutup Lampu n bagi Aisya n Aiman tdo.. So x terasa sangat..Dengan saya pon tdo skali..
Thursday, December 9, 2010
Selamat Hari Jadi Mak!!
