CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, September 30, 2010

Tapai Pulut


Ni la rupa tapai pulut..

Tapai Pulut ni ialah makanan fav aku sejak dr zaman kanak2 lagi la..Pantang jumpa.. boleh dikatakan ada ja sokmo dalam peti ais. Kalau beli pulak, bukan 1 or 2..Skali 10 bungkus aku rembat..hihihi...

Al-kisahnya lunch hour tadi, aku kuar jap g Al-Rajhi yang kat Kajang tu.. Then tapau nasik kat restoran hapa tah kat ngn deretan Shell sebelah Al-Rajhi tu. Time nak bayar tu, aku nampak la kelibat menda alah seakan2 makanan kegemaranku itu.. Yaaa..memang tepat sekali!! Ouh my delicious yummy2 tapai... Then before amek tnya la taukeh kedai tu.."Bapa satu ni bang??" Korang agak apa dia jawab? hah..nah!! amek kau.. satu tapai tu, yang rupanya sebijik cam kat atas tu sebungkus RM1.50..Aku memang tak leh terima la..Tapi sebab teringin punya pasai, aku amek p la dua..Kot2 satg teringat plak..Payah nak jumpa..Kat area kedah aku jumpa 5 bungkus RM 2..boleh terima apa...Dlo2 memang la murah.. RM1 leh dapat 10.. Memang mencekik la kedai tu.. Redo ja la..Dah masuk lam perot aku dah...

Wednesday, September 29, 2010

Puding Caramel by Mama Rose

Ni aku nak share ngn korang Resipi Puding Caramel yang aku buat semalam. Aku edit sikit. Slalu buat lain.. Dapat tau dr ruby, Kakak dia kata kalau buat letak serbuk roti sedap.. so aku pon try la edito semalam..so ini la hasilnya.






Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A
1. 1/2 cawan air
2. 7 sudu gula

Bahan B
1. 450g susu cair (satu tin)
2. 4 sudu susu pekat
3. 3 titik Esen Vanila

Bahan C
1. 7 biji telur
2. 2 keping Roti Gardernia yang telah dikisarkan dalam pengisar kering
2. 2 potong limau sunkist
3. 4 sudu gula

Cara membuatnya:

1. Campurkan bahan A. Masak dan kacau sehingga keperang-perangan. Jangan biarkan terlalu perang. Nanti rasa akan jadik pahit dalam loyang.

2. Setelah bahan A tadi masak, terus tuangkan ke dalam loyang

3. Campurkan bahan B. Masak dan gaul sehingga sebati.Tak perlu terlalu lama. Agak nak suam2 terus padamkan api.

4. Campur dan gaulkan adunan C hingga sebati. Tuankan Bahan B ke dalam adunan bahan C. Kacau sehingga betul2 sebati.

5. Tuangkan ke dalam loyang bahan A tadi dan kukus selama 30-40 minit.

6. Angkat dan sejukkan sebelum di telangkupkan.

7. Masukkan ke dalam peti ais.

SELAMAT MENCUBA.....

Makan-makan kat umah...

Entry kali ni pasal makan2 kat umah aku Ahad lepas.. Boleh dikatakan ala2 open house la...Tapi aku x panggil sume pon..mana sempat aku jumpa ja jemput.. Tapi husband aku jemput ja suma kawan2 dia thru FB. Kira ramai jugak la.. Bayangkan dari pukul 2.00 petang sampai 11.30 malam...Sangat Kepenatan..Dengan nak melayan karenah si kecik bertiga itu... Tapi best sangat sebab ramai yang sudi datang ke teratak kami yang tak seberapa itu..THANKS kepada suma yang hadir.. Kami husband & wife puas hati sangat sebab suma menu dimasak sendiri.. Even penat, tapi puas sebab semua tetamu yang datang makan dengan bersekera sekali...

Antara menu yang ada:



-Laksa Kedah
-Kuah Kacang & Nasi Impit
-Chiken Spageti
-Lontong
-Rendang Daging
-Lemang



Desert:
- Puding Caramel (Gambo kat atas tu baru buat smlm.. puding yang buat time open house buruk..Pulak tak sempat snapo..)
-Kek Batik
-Cheese tart (satu ni ja tempah)

Tuesday, September 28, 2010

Implanon Vs IUD

Untuk makluman, bagi sesape yang x tahu menahu apa itu Implanon/ IUD. Actually menda alah tu sebenarnya Alat Perancang Keluarga:Dua kaedah yang digunakan untuk merangcang keluarga selain daripada pengambilan ubat-ubatan & kaedah2 lain.

Bulan lepas, aku dah amek suntikan Depo Provera untuk kali yang kedua. Bulan 10 ni aku perlu buat pilihan yang tepat samada nak pakat Impanon or nak pasang IUD.

Implanon:

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama
Tengok la gambar implanon ni kat bawah.







Alat Instrauterin (IUD):

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:

Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.



Tengok gambar kat bawah ni cam takot lak..Berkesan kah IUD ni? Takot terinjak dari landasan ke..adeh x pasal2 terkeluar lg sorg tahun depan..



Kawan2..apa pendapat korang??

Wednesday, September 22, 2010

Adab nak memotong kuku...

Memotong kuku merupakan sunnah Nabi Sollallahualaihiwasallam. Ia termasuk di dalam fitrah[1]. Sabda Rasulullah Sollahualahiwasallam:

عن أبي هريرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال الفطرة خمس الاختتان والاستحداد وقص الشارب وتقليم الأظفار ونتف الإبط -رواه مسلم
Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanhu, daripada Rasulullah Sollallahualaihiwasallam, Baginda bersabda "Fitrah itu lima: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Riwayat Muslim)

Sekarang saya ingin berkongsi cara memotong kuku sebagaimana yg diajar oleh para ulama. Terdapat 3 cara/ tertib untuk memotong kuku jari tangan dan 1 cara untuk memotong kuku jari kaki. Kalau anda menemui cara yg lain, silalah kongsikan bersama.

:: Cara potong kuku jari tangan

Pertama: Di sisi Imam Ghazali
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk hingga kelingking. Biarkan dahulu ibu jari. Terus berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan jari kelingking hingga ke ibu jari tangan. Kemudian barulah potong kuku ibu jari tangan kanan. Nak senang, tengok gambar!



Kedua: Di sisi Imam Nawawi.
Imam Nawawi menyebut cara ini di dalam kitabnya, Syarah Sohih Muslim ketika mensyarahkan hadith yg tertulis di atas. Hadith tersebut berada di dalam Kitab Thoharoh di bawah Bab Khisal Al-Fitrah. Kalau ada masa, rujuklah.

Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan kuku jari telunjuk hingga ke kelingking. Kemudian ibu jari. Berpindah ke tangan kiri. Mulakan dengan kelingking hingga ibu jari. Tengok gambar.



Ketiga: Di sisi Imam Ahmad
Mulakan dengan tangan kanan. Gunakan kaedah 'خوابس '. Kemudian gunakan kaedah ' أوخسب ' untuk tangan kiri. Huruf-huruf ini ialah permulaan kepada nama jari-jemari dalam bahasa Arab. Jadi potong kuku anda berdasarkan susunan huruf-huruf ini.

Saya terjemahkan nama jari-jemari dalam bahasa Arab ini ke dalam bahasa Malaysia mengikut susunan daripada ibu jari hingga kelingking untuk memudahkan anda.

إبهام (ibham) : Ibu jari
سبابة (sabbabah) : Jari telunjuk

وسطى (wusto) : Jari tengah
بنصر (binsir) : Jari manis

خنصر (khinsir) : Jari kelingking
Kaedah خوابس untuk jari tangan kanan ertinya: Mulakan dengan jari kelingking, tengah, ibu jari, manis dan telunjuk. Maknanya anda selang-selikannya.

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: Mulakan dengan ibu jari, tengah, kelingking, telunjuk dan akhir sekali jari manis. Maknanya anda selang-selikannya juga. Nak mudah lagi terus tengok gambar!




:: Cara potong kuku jari kaki

Sebagaimana yg diajar oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim, setelah selesai potong kuku jari tangan maka barulah potong kuku jari kaki. Cara yg disebut oleh Imam Nawawi ialah:

Mulakan dengan jari kelingking kanan hinggalah ke kelingking kiri. Straight je! Sama seperti teknik menyelat jari kaki ketika berwuduk.



:: Antara hari-hari yang disunatkan bagi memotong kuku ialah Isnin, Khamis da Jumaat.

HARI SABTU
-Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)

HARI AHAD
-Hilang berkah

HARI ISNIN
-Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu & mempunyai kelebihan)


HARI SELASA
-Mempusakai kebinasaan

HARI RABU
-Mempusakai jahat perangai

HARI KHAMIS
-Mempusakai kaya.


HARI JUMAAT
-Mempusakai ilmu dan lemah lembut
.

So..kawan-kawan, potonglah kuku pada hari2 yang disunatkan serta mengikut tertib memotong kuku yang betul bagi mendapat keberkatan dan kebaikan dalam kehidupan kita..Amiinn...

Rahsia Warna di sebalik Waktu Solat

Saya nak share info ni dengan kawan2.Dapat dr blog Kak Norin..TQ akak, saya baru tahu ada rahsia warna di sebalik waktu2 solat ni...



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas YANG LAIN:?"

Kesan Ubat Perancang or memang aku dah gemuk???

Pagi2 lagi dah kena tegur..huhuhu..

KakZatil: "rose, awak dah semakin berisi la...pakai baju pon seksi ja.."(hahaha, ketat la tu maksudnya). Kak Zatil nsery & naimah yang tegur..

Saya : "Mmg pon akak, tengoklah lengan saya ni, besar semacam ja..susah la nak trn .Dah cuba makan mcm2 menda tp x menjd gak..

Agaknya sebab kesan dari pengambilan suntikan perangcang keluarga kot. Ntah la...saya pon x pasti. Dlo, after bersalinkan Aiman, xdak lah terlalu nampak yang badan saya ni berisi. Tapi lepas selamat bersalinkan Aulya.. Lengan saya memang nampak berisi. Tambah2 lagi kalau saya pakai tshirt muslimah tu..memang fit abesla kat lengan ni...
Cutting badan plak, alahai toksah dok cakaplah, lari abes. Bayangkanlah seluar maternity saya pakai time pregnant dlo ketat..huhuhu... Seluar lain tu ada la sehelai dua yang boleh lg la nak push2 bagi lepas bontot ni.. adei seksaan..

Tapi yang peliknya, tnya hsbnd, saya ni gemuk x? hahaha boleh lak dia jawab, xla mantap...kekeke..mantapla sangaaat, sampaikan baju2 bnyak x muat..Hari2 nak dtg opis, dok menerai mcm2 baju, alih2 x muat pakai ja la baju mana yg slalu pakai.. Dah x dak mood dah nak memilih baju... try ja x lepas...

Tengok la list berat saya dari before kawin sampai skrg:

Masa belajar kat UKM: 48 - 50 kg
Pas bersalinkan Aisya: 52kg
Pas bersalinkan Aiman : 56kg
Sekarang lepas bersalinkan Aulya : 63kg (dari lepas pantang smp sekarang sama ja- 5 bulan dah)

Orang lain semakin menurun, tapi saya...sekali bersalin berkali2 naik x payah nak trn...Hopefully berat tak naik dah.. saya nak kasik trn atleast dapat 55kg.. Tapi buat masa la ni, saya tgh breastfeed Aulya, so x leh la diet sangat. Kena makan makanan yang berzat. Saya ada ambil product Shaklee yang baru. Lechitin. Lechitin ni banyak kelebihan jugak. Selain dari boleh menolong pengeluaran lemak dari sel ia juga mengandungi asid lemak penting serta Kolin & Inositol untuk rangsangan urat (neuron otak). Cuba baca post dari Kak Ita ni: Demo Lechitin

Tuesday, September 21, 2010

Rutin harian...

Setiap hari tak kira lah hari bekerja or hari minggu, jadual harian saya sangat pack. Lagi-lagi kalau asben saya keja time weekend.. Memang sibuk saya kat rumah, dari pagi sampai la ke tengah mlm (masa utk tido, yahooo). Orang anak kecik macam saya ni maklum sajalah, tak menang tangan. Yela nak melayan karenah anak-anak yang masih kecik. Aisya 3 tahun 4 bulan, Aiman 1 tahun 6 bulan and Aulya sekarang 5 bulan. Masing-masing ada peel sendiri, nak2 kalau x brapa sihat.. menepek, meraaap ja la.. Semua tu ujian & dugaan dari Allah..Anak kan permata hati setiap mak & ayah..Macam tu jugakla macammana mak & ayah kita jaga kita masa kecit dlo.Sementara anak-anak nak membesar, kena sabar banyak2..Terutama skali untuk orang yang hot temper cam saya ni...huhu..

Ni la rutin harian saya kalau hari bekerja..

5.30-7.30 pagi(jangkaan masa terawal) :

- Bangun pagi
- Mandi & Solat Subuh
- Pam susu untuk Aulya
- Prepare susu Aisya & Aiman
- Then, Tukar pampers anak2 (x tukar kang bocor lak lam kete)
- Pastu masukkan semua barang spt bag laptop, bag susu, botol susu n
barang-barang lain yang perlu ke dlm keta.
- Last skali angkat anak-anak masuk ke dlm keta n memulakan perjalanan ke Nursery yang
letaknya berdekatan dengan opis saya.

8.30-6.00 petang(ikut hari,kadang2 pas solat maghrb br saya balik)

- Working Time!!
- Masa keja saya curik2 masa dlm 20 minit untuk setiap 3 session mengepam.
Session 1: 10.00 pagi
Session 2: 1.30 tgahri
Session 3: 5.30 petang
- Dalam jam 6-6.30 petang saya ke Nursery ambil anak-anak dan pulang ke rumah.

7.00-9.00 mlm:

- Sampai kat rumah.
- Angkat barang2 & anak-anak semua masuk rumah
- Lap badan/ mandikan anak2 & tukar baju.
- Buat susu anak-anak/ susukan bb
- Solat Maghrib
- Masak untuk dinner (Yang simple2 saja...ala kadar, ikot mana dan.)
- Dinner

9.00-11.00 mlm

- Berehat sat sambil tgok tv & tidokan anak2
- Pack barang/ baju anak-anak untuk g nursery esoknya.
- Sambil2 tu basuh baju (kalau rajin & lipat baju)
- Bawa anak2 naik atas & tid0kan diorang skali tukarkan pampers.
- Buat susu untuk anak2 & solat isyak.
- Tdoo time....

Sekian, Wsalam.

Friday, September 17, 2010

Anak-anak....

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali diri saya...pejam celik dah 8 syawal hari ni..Cepat sangat masa berlalu..Dunia dah semakin hampir ke penghujungnya...masa tak menunggu kita...kita yg perlu mengejar masa yang semakin pantas bergerak meninggalkan kita.

Ada banyak yang nak diupdate sebenarnya..tapi masa dan keadaan yag tidak mengizinkan..
Anak-anak sekarang dah semakin membesar..
Aisya dah hampir 3 tahun 4 bulan.. Gelagat seperti kanak-kanak mencecah usia 5 tahun.. Pandai sangat berceloteh sampai saya pon kadang-kadang tak terlayan..
Si Aiman aka abang kecik sudah mula belajar bercakap patah-patah pendek perkataan. "kum" Assalamualaikum, "Sheh" Tima kasih..Dan yang paling menarik & best, dah pandai panggil mama dengan sebutan yang betul. sebelum ni mama jadi "wah"...huhuhu.... Kalau sakit sikit or nak mengadu lebih suka panggil babanya.. babababa...hehehe..very da cute!
Oh! Si adik, Aulya yg dah semakin membulat... Sekarang dah genap 5 bulan 1 hari...
Dah pandai meniarap..Hampir-hampit menyulur.. Pandai dah pegang botol susu... and nampak gaya mulut macam kakaknya jugak...kuat membebel..suka menyembang...
lebih suka mama berbanding baba kot...kalau dengan mama asyik sembang ja..dengan baba kurang lah sket..mayb sebab breastfeeding, so relationship tu lebih close..

Nxt entry saya akan update gambo chumels anak2... Hepi and bahagia sangat tgok anak2 membesar dengan sihat...