CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, July 27, 2010

SAKIT MATA..

Last 2 weeks company saya ada buat satu event. Lebey kurang ala-ala Family Day jugakla..
Awal-awal lagi dah plan ngn husbnd..kononnya nak pegi la.. Alih2 disebabkan 'sayangku' WRD yang masih sakit terlantar kat workshop, so saya pun tukar plan. Hari Jumaat 13/07/10 dah plan2 ngn Kak Seli n Kak Lili. Esok tu nak bawak Aisya & Aiman. Mula2 ingat nak bawak bb Aulya ja la.. Tapi pk2 balik cam cian lak ngn anak2 2 orang lagi tu..Yela kalau bawak depa best cket.. Banyak aktiviti utk kids.. Ada hadiah best2 pulak.. Aisya musti ska.. Aiman?? hurmm belasah ja...tatau apa sangat lagi..hihi..

14/07/10.. 7.00pagi..Cik As telefon.. Nak dapatkan cnfrmation la kononnya..Nak tau saya ni jadi pegi ke x.. Last2 plan saya dah x jadi.. Mlm tu Aiman demam..badan pon cam agak panas.. Memang x pegi la jawabnya.. Mana la nak sampai hati mama ni nak tinggai anak yang demam kat umah ngn baba dia..

So.. cam biasa, plan dah x jadi.. bersiap2 lah saya kat dapur.. Buat breaskfast, masak bubur & buat susu anak2.. then pump EBM Aulya..
Aiman ni stail bangu awal2..paling lewat koi 7.30 pagi cam tu da bangun.. Masak la saya bersama assistant saya yng sorag tu..

Tup2 masa tengah breakfast biskut hupseng celup susu anmum, nampak mata aiman laiiin sangat.. Cam berair, n keluar taik mata...saya memang dah x sedap hati.. Before tu, memang kat Nursery anak-anak saya ramai yang dijangkiti penyakit mata ni.. Saya hampir ingat dah x kena dah lama berjangkit, tapi anak2 saya chat ja. Sekali memang betoi, Aiman dah kena Sakit Mata Merah.. 2 hari lepas tu hsbnd saya pulak yang kena.. Saya, Aisya n bb AUlya masih sihat. " Ya Allah! Peliharalah kami ini daripada segala penyakit yang memudaratkan" Amiiin... Moga AIman & baba cepat sembuh..

Kat bawah ni ada tips untuk ubati penyakit mata ni selain daripada ubat doktor:

Dapatkan teh bunga dari kedai singseh dan rebus hingga menggelegak.Setelah itu campurkan sedikit dengan gula untuk di buat minuman.

Insyaallah dalam masa 2 hari merah dan bengkak di mata cepat surut . Dan dalam masa yang sama anak kita mungkin cirit sedikit sebab panas badan dah mula keluar ( sakit mata boleh buat kanak-kanak demam dan suhu badan naik ). Jangan risau dengan keadaan ni sebab itu maknanya sakit matanya dah mula nak sembuh.

Lepas ni siapa-siapa yang anaknya sakit mata boleh cuba ya.

Selain itu boleh juga amalkan membaca Selawat Tafrijiyah. Ni sebenarnya petua mak saya. Boleh amalkan dalam doa harian bagi menjaga mata kita.

'Sayangku masih terlantar'

Patah kaki dibuatnya bila kenderaan yang dah jadi pengangkutan utama seharian 'terlantar'. Dah almost 3 weeks dah ni.. Terpaksala buat muka selamba ja..Pinjam kete kengkawan. Syukurla pada sesapa yg ada sedara or famili berdekatan. Mcm saya n hubby. Kami memang xdak sesapa yang tinggal dekat KL ni.. So, hari-hari terpaksa lagilah.. huhu menumpangkan opismate. Thank dear to Kak Seli.. Kak Seli pulak yang dah jadik macam saya punya drebar.. pagi dtg amek kat umah (Seb baik umah Kak Seli x jauh dari umah saya)..Petang pulak, ambil saya kat Nursery & hantar balik rumah. Dah macam mama angkat Aisya & Aiman.. Dah la banyak barang yang saya nak kena bawak balik.. Baju kotor anak2, beg laptop, beg susu lagi... Then saya dukung my baby Aulya pulak... Haru biru dibuatnya dalam keta. Almaklumlah...budak2 di kala usia Aisya & Aiman...memang lasak..
Sorry ye Kak Seli...hihihi..Abes sepah u punya cik CT..

Kawan husbnd yang arrange 'sayang' saya tu cakap mayb dalam minggu ni InsyaAllah boleh siap.. Tinggal nak cat lg saja... Hopefully dah boleh amik minggu ni.. Saya sangat perlukan Cik Sona saya...

Saturday, July 17, 2010

Blog yang banyak memberi info mengenai Breast Feeding

Pada mama2 yang suka membaca dan ingin mengetahui bagaimana nak meningkatkan BM/ EBM, boleh menjengah ke blog Kak Norita ni. Blog ni sangat memberi banyak info dan panduan2.

Kalau nak tau, kat blog kak norita ni la saya dapat tau mengenai Alfafa. Senang sangat nak buat order penghantarannya sangat cepat dan mengambil masa 1 day saje even Kak Ita ni tinggal di Sarawak.

Teringat pasal bulan puasa ni, takut juga kalau EBM x mencukupi. Sebab last masa saya puasa ganti, EBM agak kurang dr biasa. saya cuba tingkatkan pengambilan Alfafa dari 2 ke 4 biji & banyakkan minum air. So far Alhamdulillah.

TIPS bagi menambahkan

Bagi mama2 yang breastfeeding their baby, mesti akan selalu mencari serta mahu berkongsi tentang pengalaman serta tips bagi menambah serta meningkatkan our production. Ini adalah tips serta amalan yang saya buat untuk increase my BM:

1) Banyakkan minum air kosong @ least dalam 3-4 liter perday.

2) Minum minuman yang berunsurkan susu

- Saya ambil Anmum Lacta. Selain daripada dapat membantu increaskan BM production, our baby juga akan dapat banyak khasiat & nutrisi seperti DHA, AA & etc. Di samping baby, mama2 pon dapat juga khasiat sebab susu ni tinggi dengan vitamin B1, B2, B3, B12, Folate, Calcium dan Iron. Boleh bantu untuk menguatkan tulang.

3) Ambil banyak ulam-ulaman. Antara ulam-ulaman yang boleh membantu membanyakkan susu ialah:
- Pegaga( boleh dibuat jus & dicampur dengan madu)
- Cekur
- Jantung pisang
- Peria Katak

4) Ambil sayuran seperti:
- Lobak putih (boleh dibuat sup/ masak lemak)
- Sawi

5) Ambil supplement
- Masa dalam pantang dlo saya cuba ambil Fenugreek
- Sekarang saya ambil supplement Shaklee (Trial Set B) pulak. Ada 4 jenis semuanya. Vitalea, Vitamin C, B-Complex dan alfafa (BM Booster. Alhamdulillah, susu pun semakin lemak berkrim & breast rasa tegang selalu. Baby pun cepat je kenyang.

6. Amalkan membaca surah Al-Hujurat dan banyakkan berdoa.

Sekadar renungan & peringatan bersama: 13 Wasiat Rasulullah kepada Saidina Ali

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah

Wednesday, July 7, 2010

Kenapa saya sangat malas ni!!!

Dok tak dok...dah bapa bulan x buat entry baru..hurm my newborn baby pon dah nak masuk 3 mos... sekarang tgh ambik mood utk mengupdate segala macam ceritera yang berlaku beberapa bulan ni... Tungguuuuuuuu........................