CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, December 23, 2008

Berkelah di Sg Tekala...

Hii..U olls..last weekend aku ade ckp nak g kelah kat Sg. Congkak..hahhaa tapi x jadi..Sg Congkak telah bertukar kepd Sg.Tekala..Act, aku+asben+2 my buddies x tau jln nak g Sg.Congkak..Soo, kitaorg g Sg. Tekala..Ni gambar2 kitaorang, best r lame x mandi sungai..


Ikan bakar: dibakar oleh Mr.Abu.

Ni la my buddies yg i citer tue..lin=tdg cream & ina=baju merah tue..Diorg ni bakal cikgu kalau u olls nak tau..haha cam x caya ja diorg ni jd cikgu..

Ecah & Baba..Ecah tengah kesejukan tue..dah biru daa


Act mama ecah nya pic tak bnyak..sebab bnyak amek gambar fam n buddies..Lg satu sebab ialah..huhu muka mama ecah macam bibik rr..mama ecah silap pakai tdg..kekeke
Ni la muka mama ecah-->>

Macam ala2 bibik kan..hihihi

Ni time kitaorg dah nak blk..sume kepenatan..ngantok sangat...



Ni gambar ecah & super duper mama...

Last pic ni, baba ecah snap time ecah tdo..cian sngt! dah penat anak mama ni..





Monday, December 22, 2008

Surah-surah Amalan ketika mengandung...




Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf:
Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman:
Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam:
Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78:
Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat
189

9. Surah Al-Imran ayat 38:
Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat
8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40:
Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128:
Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23:
Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9:
Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74:
Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Kengkawan sume, saja nak berkongsi dengan kawan2 artikel/ hadith2 mengenai khasiat kurma, kismis & madu untuk kesihatan kita..Ok, selamat membaca....


1.. KURMA

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat istimewa serta kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah".


  • Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

  • Mengikut pendapat pakar perubatan lain, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Mungkin inilah hikmatnya apabila wahyu diturunkan oleh Allah kepada ibu Nabi Isa a.s iaitu Saidatina Maryam binti Imran menyuruh beliau memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas melahirkan Nabi Isa A.S.

  • Menurut Prof Madya Aslah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Sebagaimana kita tahu, perbuatan memberi makan kurma kepada kanak-kanak yang baru lahir adalah sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."



Nabi Muhammad SAW bersabda:
  • "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
  • "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata:
  • "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
  • "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata:
  • "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".






















2..
KISMIS

Allah swt telah menyebut mengenai buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.

Dinyatakan di dalam kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut." Kismis mengandungi mineral (kalsium & fosforus), Vitamin A & B, glukos dan fruktos.



Nabi Muhammad SAW bersabda:
  • "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
  • "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali berkata:
  • "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
  • "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

3.. MADU

"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."


Nabi Muhammad SAW bersabda:
  • "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
  • "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
  • "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu Madu dan Al-Qur'an."
  • "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
  • "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
  • "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Kelebihan Madu dari Sudut Sains



  • Madu mengandungi vitamin dan antioksidan ("pinocembrin" yang hanya boleh ditemui di dalam madu), tetapi ia bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.

  • Menurut kajian sains, terdapat 2 peringkat tenaga yang dibekalkan oleh madu. Glukos dalam madu diserap dengan cepat oleh badan dan memberikan tenaga segera. Fruktos pula diserap lebih perlahan lantas membekalkan tenaga berterusan kepada badan manusia.

  • Dr. Paul Gold seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia berkata , "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam madu"

  • Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperolehi lebah

Tips Penjagaan untuk Wanita..

Jangkitan yang berulang boleh merosakkan Sistem Peranakan. Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.
Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.


Menurut Dr.Wan Zarina dari PKPUUM , wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman.
"Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri."
"Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat," katanya.


Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita.
Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:

  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
  • Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).
  • Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
  • Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
Tambah Dr.Wan Zarina lagi, jangkitan kuman sering berlaku sekiranya alat sulit tidak dijaga dengan sempurna. Ini termasuk kuman bakteria, virus, kulat dan protozoa yang dapat ditularkan melalui hubungan seks (sexually transmitted disease). Wanita dan pasangan perlu berjumpa doktor sakit puan untuk ujian pengesahan dan rawatan spesifik. "Paling kerap berlaku ialah jangkitan kuman atau fungus yang dipanggil candida. Ia dapat dirawat dengan memasukkan ubat antifungus ataupun ubat pil ke dalam faraj." Ujar beliau.

Kumpulan kuman lain yang sering menyerang wanita ialah bacterial vaginosis. Pesakit akan mengadu mengeluarkan lendir busuk (fishy / odour discharge) dan kegatalan teruk. Ini dapat dirawat dengan antibiotic spesifik.

Katanya, wanita juga terdedah penyakit bengkak pada alat kelamin yang dipanggil bartholin cyst.
"Ia terjadi bermula dengan pembengkakan setempat pada bahagian bawah bibir kemaluan. Pada peringkat awal, pesakit mungkin tidak perasan kerana saiznya kecil. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak yang sering terbentuk disebabkan jangkitan kuman bakteria.
"Ia dapat dikawal melalui pembedahan kecil pada cyst untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul di dalam kelenjar tersebut. Sekiranya ia kerap berulang, dinasihatkan dibedah dan dikeluarkan," jelas Dr. Wan Zarina lagi.
Bengkak nanah (abcess) dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik.
Selain itu, bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu, kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.


Penyakit lain yang turut dikaitkan dalam masalah ini ialah barah pada bahagian luar alat kelamin (vulva dan vagina). Namun ia jarang terjadi berbanding barah pangkal rahim, rahim atau ovari. Ia merangkumi hanya 5 peratus daripada semua jenis barah system produktif wanita.
"Penyakit ini sering berlaku pada wanita yang telah menopaus dengan purata umur 60 tahun. Pesakit akan mengalami kegatalan berterusan yang teruk diikuti ketumbuhan atau ulser yang kerap bermula pada bibir luar kemaluan. Rawatan ini merangkumi pembedahan besar dan radioterapi," katanya.

Ketika mengulas mengenai kaitan penjagaan alat sulit dengan masalah keputihan, Dr. Wan Zarina berkata keputihan kerap berlaku pada wanita dan penting sekali mereka tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.
"Keputihan yang normal boleh berlaku pada keadaan berikut iaitu:
  1. Beberapa hari sebelum tiba haid
  2. Ketika keghairahan seks
  3. Kehamilan
  4. Klimakterik atau selepas menopaus.
"Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj," ujar Dr. Wan Zarina

Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit:
  • Pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul- ketul kecil, gatal dan berbau. Tanda-tanda adalah seperti bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.
Dr. Wan Zarina juga menjelaskan, kebanyakan wanita tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan tadi diikuti dengan bijak.
Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
"Ada segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan memikir bahan pencuci yang tidak alergik, yang tidak mengubah pH faraj dan telah diuji kebersihannya.
"Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa pedih, gatal atau kemerahan, wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpa dengan doktor," katanya lagi.

Friday, December 19, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Tahun ni maybe tak seperti thn lepas..Slalunya, every year-mostly time cuti sekolah laa; family belah asben slalu plan cuti2 Malaysia..Tapi nampak gayanya cam x jdik jer thn ni..xleh nak kata gak..diorang ni slalu wat suprise..Kang tb2 ja dah smp dpn pintu umah..huhuu..

Last year, kitaorang g A Famosa..Bagi aku 1st time la pegi tempat ni...sebelum2 ni mmg x penah smp..Yang beshnye sebab ada ecah..bawak ecah g jenjalan tgok haiwan2 yg jarang kita jumpa..



Cute sangat Ecah time ni...

Actually weekend ni dah planning ngn my buddies...diorg ajak g Sg.Congkak..ok gak tue asal leh jenjalan..hihihi..tp lom gtau asben..sure asben pun nak pegi..jdik tukang bakar ikan..hihihi
Hopefully jadi la pegi..leh wak ecah g mandi2...

FUNGUS CANDIDA ALBICANS....

Fungus Candida Albicans???
Kehamilan menyebabkan wanita lebih senang untuk mendapat jangkitan fungus dan kebanyakannya disebabkan oleh candida albicans. Semasa mengandung, akan berlaku peningkatan paras glikogen pada vagina dan ia menggalakkan pertumbuhan fungus Candida Albicans. Jangkitan yang teruk mengakibatkan rasa gatal, bengkak dan perit. Ianya dapat dilihat dengan adanya lelehan yang beku dan keputihan pada faraj. Ujian pada lelehan menunjukkan fungus yang mengeluarkan spora.Kulat ini berada dalam faraj 16% wanita tidak hamil dan 32% wanita hamil. Ia mungkin tidak memberi apa-apa simtom tapi ramai yang mengadu gatal-gatal, sakit dan keluar lendir berwarna putih yang berkeping-keping.

Ia lebih mudah terjangkit pada kandungan ke 2 dan seterusnya, pada trimester ketiga, selepas memakan antibiotik dan dikalangan wanita yang mengalami diabetik. Rawatan selalunya mengunakan antifungal yang dimasukan ke dalam vagina. Ubat makan tidak disarankan semasa hamil.


Candida Albicans Fungus

Fungus Candida Albicans: Gambar adalah hiasan semata-mata


Purpose aku berciter pasal fungus candida ni ialah untuk berkongsi pengalaman akusendr yg telah pun terkena jangkitan fungus ni...Kawan2 sume..korang! careful..

Last monday, aku ingat nak singgah umah jap before g antar cd screen design tuk projek e-JKM kat Jalan Raja Laut. Sebabnya aku rasa cam sakit perot..tp sakit yg tatau nak cakap..nak kata gastrik pon macam ya jugak..so sampai2 ja kat umah, asben aku masih ada lg coz ari ni dia shift kol 1..
Sesampainya kat umah, terus aku g masuk toilet..Ya Allah!!! ada darah...
Aku apa lagi menangis la...x cakap lg pada asben...kuar dr toilet, asben masih dok tgok tv g..aku pon, "Abang, ada darah!! Cuak muka asben..Yg aku ni plak menangis x henti..macam2 dah lam kepala ni..
Asben aku suh siap nak bawak aku g An-Nur..tp time tu br kol 1 lebey..kol An-Nur x angka..agaknya sume rehat, xde sapa yg jg kaunter..
Xpela, aku cam dah ok cket..pk +ve..lunch dlu la..masak apa yg patut..n then kita orang gerak ke An-Nur..Aku belek2 blk schedule, koi 3 ptg baru Dr.Kamsiah ada..Apa lagi, aku suh asben aku lencong ke Macy jap..sementara nak tngu An-Nur buka..Sempat lagi tue...dalam sakit2 ada hati nak berjalan..huhuhu..
Lam 2.30 petang kitaorg gerak ke An-Nur Bangi.. time tu agak ramai patient..aku pon menunggu turn dgn sabar..

Tibalah giliran aku akhirnya....citer kat Dr pasal bleeding tue..muka Dr. selamber je, rilek..
Mula2 dr scan dlo..nak tgok sama ada kandungan aku cehat ke x? Alhamdulillah...sumenya chat..perkembangan baby baguss... plasenta/ uri pon pada kedudukan yg betul..aku dah masuk minggu ke 26..Pastu dr memasukkan sesuatu ke dlm vagina aku...aaahhhh!!! x la sakit sngt pon sebenarnyaa...tp muka agak cuak..n then bila dia kuarkan mende tu (hape ke nama, aku pon tatau), "Hurmmm...ada fungus lam vagina kamu ni"...hah? fungus? mmg aku ada mengalami gatal2 masa awal2 kehamilan dlu...ingat x siyes..
Dr kasi ubat untuk dimasukkan ke dalam vagina n cream utk sapu pada luaran...

Smp ati, asben aku gelak ja pas kuar dr klinik...ceit!! orang punya la ssh ati...risau sangat.
Sekarang dah semakin berkurangan dah...korang sume, hati2..if ada mengalami gatal2 teruslah berjumpa dgn Dr anda k..


Saturday, December 6, 2008

Chicken Livers Portuguese Roll....

Tercapai juga hajat aku nak makan chicken livers portuguese roll ni..Maklumlah, mak buyung..mengidam punya pasal sanggup menapak g mines ngn asben n ecah..

Gerak dari opis semalam terus g amek ecah kat nursery..Then mama n ecah g amek baba ecah kat Astro.. Baba ecah abes keje lam koi 7 lebey..time kitaorg smp dpan guard Astro tue, baba ecah dah sengeh2..ecah pon apa lg melompat-lompat la tgok baba dia.."bapak, bapak"..huhu anak baba ni, dah melekat panggil baba dia bapak pulak...adeh!..


Seperti yang dijanjikan, kami pon gerak la ke mines..semata2 untuk mamam chicken livers ni..mmm~~sedap sangat ker???hihi kalau tnya aku, mmg la sedap sebab orang tgh mengidam..tapi kengkawan yg belum mencuba try la..mmg seswai dgn taste aku la mende ni..
Sesampainya kat mines tu kitaorang pon apa lg..trus je g cari Restaurant Nandos tu..Aku pon wat la pesanan..hihi..

Ni la list order kami..

  • Chicken Livers Portueges Roll
  • 1/4 Chicken + Fresco Salad
  • Mushroom soup
  • Peri starters (menu baru rasanya) - tiada dalam gambar

Chicken Livers Portuguese Roll

1/4 Chiken + Fresco Salad

~ecah tgh sonok tgok ikan besor lam venice~


...Ecah & baba...bukan main lg ecah mamam chicken wing...

Alhamdulillah...pas dah kenyang kitaorg pun g jalan2 jap kat luar..hirup2 udara malam...

Mama & Baba Ecah


Ecah yang x mau amek gambar...


Akhirnya...dapat gak snap photo ecah...

Friday, December 5, 2008

Mukaddimah..

Mukaddimah?? hurm seswai ke dengan title tu? ahaks nevermind, xpe ok je kot...hehe
Bukannya apa, aku pon dah tatau nak letak title apa..apa2 ja pon ok laa..
Memandangkan ni la 1st aku cipta blog ni, disebabkan oleh pengaruh opis mate aku, soo welcome to my blog..**wink**..Rasa macam teruja plak bila tgok blog kawan2 dengan kisah hidup masing2.. tu yang buatkan aku cam ahhh!!! Nak gak laa...
Walaupon rasa cam dah ngantuk, ketuk ketak bunyi jari jemari aku menekan keyboard ni dengan semangatnya...ewah2!!

Asben & anakku dah lama tdo..act aku pon dah pengsan sebelum ni..bila bangun buatkan susu Aisya, teringat plak nak buat blog ni..so after baju sume dah diiron, operation start..kekekeke..
Mmg xcited abes...lawak la Pn Rose..Masih tidak
sebenarnye..


Cian pulak tengok asben aku, yela demam dah bape hari...Rasanya letih sangat la, tue yang dah tertdo awal..kalau tidak, maunya kol 3, 4 pagi bru nak masuk kandang..hihii..
Aku mmg dah awal2 pengsan..Masa baba n ecah tgah sedap mulut mengunyah cekodok pisang, aku pon dah terjah ke alam mana ntah..hihihi..apala mama ecah ni...tak senonoh betul!!Kecian cekodokku, x abes pon..Yela sebelum tu baru je lepas dinner, ekekeke..~~

Ok, mama ecah dah nak masuk tdoo.. tata~~~

Anak mama & baba...Aisya Rujha